KEUSAHAWANAN ( BATIK )
Di Kampung Kuala Telemong terdapat aktiviti membuat kain batik secara kecil-kecilan. Perniagaan ini telah diusahakan sendiri oleh anak jati Kampung Kuala Telemong,dan dibantu oleh 12 orang pekerja. Rata-rata pekerja disini semuanya anak jati Kampung Kuala Telemong dan kampung-kampung sekitar. Perniagaan ini mula beroperasi lebih kurang sejak 13 tahun yang lalu dan sampailah sekarang.
Kain Batik yang telah siap akan dipasarkan di Bandar Kuala Terengganu,terutamanya di Kampung Cina dan Pasar Besar Kedai Payang.
PROSES-PROSES MEMBUAT BATIK CAP:
proses pertama..:
proses mengcap (menerap).







emm...cantik tak...?
cantik kan....corak ni...










waa...merahnya mak ngah....

















proses mengecap(menerap)
proses ke-2...:


proses mencelup kain yang telah diterap atau ditekap ke dalam air yang berwarna. Atau dengan mudah difahami, kain tersebut diwarnakan.
proses mencelup
proses ke tiga...:
iaitu proses membilas kain yang telah siap dicelup dengan air warna.

proses membilas kain
proses ke-4..:
proses mencelur kain ini dilakukan setelah kain ini dicelup atau dimasukkan ke dalam air yang berwarna. Ataupun lebih mudah difahami,setelah kain ini diwarnakan,kain tersebut di masukkan ke dalam air yang mendidih.

ha...ni lah caranya mencelur kain....

proses mencelur kain
proses ke lima...:
iaitu proses membilas kain yang telah dicelur.

proses membilas kain
proses ke-6...:
selesai dibilas, kain ini dijemur untuk dikeringkan.








cantik kan warnanya....


proses menjemur kain

proses ke tujuh..:

kain yang telah kering akan dilipat dan disusun serta diikat dengan tali supaya menjadi satu ikatan.


ini adalah kain batik yang telah siap dilipat,dan akan dihantar ke kedai di Kampung Cina dan akan dibeli oleh peniaga Pasar Besar Kedai Payang di Bandar Kuala Terengganu.









PPIK BARU...






ini gambar pemandangan dalam ppik yang baru diubah...,
PELAWAT DARI PERPUSTAKAAN NEGERI KUALA TERENGGANU






pada 3 Februari 2009 pihak pentadbiran Perpustakaan Kuala Terengganu telah datang melawat Perpustakaan Desa dan PPIK Kuala Telemong.