SENAM EROBIK
Aktiviti senam erobik ini telah diadakan oleh penduduk Kampung Kuala Telemong. Aktiviti ini telah diadakan pada hari minggu iaitu hari Jumaat (10/7/09). Aktiviti ini mendapat sambutan
yang menggalakkan dari seluruh penduduk kampung ini serta dari penduduk kampung- kampung sekitar.


suasana ketika senam erobik
PROGRAM MAXIS CYBERKIDS BERSAMA KOMUNITI
Program Maxis Cyberkids Bersama Komunit
i telah dilaksanakan oleh pihak Maxis Cyberkids dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti (PPIK) Kuala Telemong. Program ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 7/7/09 hingga 8/7/09. Program ini disertai oleh 30 orang pelajar murid tahun 5 dari Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Telemong.


Gambar aktiviti hari pertama :
  1. pihak Maxis Cyberkids melawat tempat membuat Batik.
  2. pihak Maxis Cyberkids sedang memilih kain batik untuk dibeli dan dijadikan tanda kenangan.
  3. pihak Maxis Cyberkids melihat kawasan membuat batik
  4. Maxis Cyberkids melihat proses membuat batik.
  5. peserta pertama kali melakukan chicken dance.
  6. peserta sedang melakukan tugasan yang diberikan oleh fasilitator.
  7. peserta sedang membentangkan tugasan yang diberi.
  8. ketibaan cik Norlina,Puan Salmah dan wakil dari pihak Maxis.


Gambar aktiviti hari ke-2 :

9. Majlis penyampaian sijil dan penutup.
10. penyampaian sijil kepada peserta.
11. Ketika perasmian Blog PPIK Kuala Telemong oleh Ketua Kampung,penyelaras kemasyarakatan DUN Telemong dan pihak Maxis.
12. suasana ketika majlis penyampaian sijil dan penutup.



kursus penyelia



penyelia-penyelia yang terpilih dari seluruh Malaysia telah menyertai kursus Maxis Cyberkids bersama komuniti yang telah diadakan di Hotel Sheraton & Tower pada 13 hingga 15/06/09. Selain penyelia PPIK,petugas-petugas dari pusat ICT yang lain juga turut terlibat dalam kursus ini.
PERLAWANAN FUTSAL
perlawanan futsal telah berlansung pada 25/4/09.penyertaan pada kali ini hanya tertumpu kepada beliawanis sahaja. 15 pasukan telah menyertai perlawanan ini,yang meliputi seluruh beliawanis kawasan Dun Telemong. perlawanan ini diadakan salama 1 hari,bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 malam.


gambar ketika perlawanan berlangsung


sesi penyampaian hadiah


beliawanis Kg.Kuala Telemong mendapat tempat ke-3



sesi bergambar kepada semua pemenang

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
KAMPUNG KUALA TELEMONG telah terpilih menjadi lokasi mengadakan FORUM PERDANA EHWAL ISLAM di peringkat Daerah Hulu Terengganu. Forum perdana ehwal islam ini telah berlangsung pada 23/4/2009 di perkarang MASJID KAMPUNG KUALA TELEMONG. Ramai penduduk di sekitar Daerah Hulu Terengganu yang hadir untuk menyaksikan forum perdana tersebut.

Tetamu VIP yang hadir ,turut hadir YB Rozi Bin Mamat iaitu ahli dewan undangan negeri kawasan Telemong.

gambar ketika forum perdana ehwal islam berlangsung





sedikit jamuan untuk para tetamu


puteri mengabadikan kenangan ketika menghidangkan makanan

puteri menyambut tetamu yang hadir ke majlis forum perdana


wanita dan puteri Kampung Kuala Telemong turun sama-sama menjayakan forum perdana yang diadakan . Wanita dan puteri berkerjasama menguruskan persiapan untuk jamuan makan malam tetamu VIP dan para hadirin.

AKTIVITI GOTONG ROYONG.
pada 17/4/09 ( jumaat ),penduduk Kg.Kuala Telemong telah mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar masjid. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang baik dari golongan belia, beliawanis serta seluruh penduduk kampung yang turut sama melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini.





sedikit pemandangan ketika aktiviti ini dijalankan

PROGRAM KURSUS PRA-PERKAHWINAN
Pada 27 & 28 Februari baru-baru ini,Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan Program kursus pra-perkahwinan kepada penduduk di sekitar Kampung Kuala Telemong. Progaram ini mendapat sambutan baik oleh penduduk di kampung ini,terutamanya golongan belia dan belia wanis.


gambar para peserta yang sedang kusyuk mendengar ceramah
Ucapan penutup serta penyampaian sijil kursus ini dirasmikan oleh Yang Berhormat, ahli majlis mensyuarat kerajaan negeri YB EN.ROZI BIN MAMAT merangkap ahli dewan undangan negeri kawasan Telemong.

YB EN.ROZI BIN MAMAT memberi sedikit ucapan kepada peserta kursus





sedikit jamuan minum petang untuk peserta dan para jemputan setelah selesai majlis penutup.