pada 17/4/09 ( jumaat ),penduduk Kg.Kuala Telemong telah mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar masjid. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang baik dari golongan belia, beliawanis serta seluruh penduduk kampung yang turut sama melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini.
Pada 27 & 28 Februari baru-baru ini,Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan Program kursus pra-perkahwinan kepada penduduk di sekitar Kampung Kuala Telemong. Progaram ini mendapat sambutan baik oleh penduduk di kampung ini,terutamanya golongan belia dan belia wanis. 
Ucapan penutup serta penyampaian sijil kursus ini dirasmikan oleh Yang Berhormat, ahli majlis mensyuarat kerajaan negeri YB EN.ROZI BIN MAMAT merangkap ahli dewan undangan negeri kawasan Telemong.
YB EN.ROZI BIN MAMAT memberi sedikit ucapan kepada peserta kursus

Di Kampung Kuala Telemong terdapat aktiviti membuat kain batik secara kecil-kecilan. Perniagaan ini telah diusahakan sendiri oleh anak jati Kampung Kuala Telemong,dan dibantu oleh 12 orang pekerja. Rata-rata pekerja disini semuanya anak jati Kampung Kuala Telemong dan kampung-kampung sekitar. Perniagaan ini mula beroperasi lebih kurang sejak 13 tahun yang lalu dan sampailah sekarang.
Kain Batik yang telah siap akan dipasarkan di Bandar Kuala Terengganu,terutamanya di Kampung Cina dan Pasar Besar Kedai Payang.
PROSES-PROSES MEMBUAT BATIK CAP:
proses pertama..:
proses mengcap (menerap).
waa...merahnya mak ngah....
proses mengecap(menerap)
proses ke-2...:
proses mencelup kain yang telah diterap atau ditekap ke dalam air yang berwarna. Atau dengan mudah difahami, kain tersebut diwarnakan.
proses mencelup
proses ke tiga...:
iaitu proses membilas kain yang telah siap dicelup dengan air warna.
proses membilas kain
proses ke-4..:
proses mencelur kain ini dilakukan setelah kain ini dicelup atau dimasukkan ke dalam air yang berwarna. Ataupun lebih mudah difahami,setelah kain ini diwarnakan,kain tersebut di masukkan ke dalam air yang mendidih.
ha...ni lah caranya mencelur kain....
proses mencelur kain
proses ke lima...:
iaitu proses membilas kain yang telah dicelur.
proses membilas kain



